Assalamualaikum and hi everyone,
It has been a while since I'm writing here. Now its already near the ending of 2018.MasyaAllah *mukaterkejut*.
Well, sebenarnya saya dah hampir lupa tentang kewujudan blog ni. Saya mula menulis di blog ni pada zaman universiti iaitu semasa berada di Universiti Malaya. Sekarang, saya sudah pun bergraduasi dan juga sudah berjaya menamatkan pengajian di luar negara selama setahun iaitu di Kuwait. Okay, siapa yang nak saya kongsi pengalaman saya di Kuwait? semestinya yang best dan yang baik-baik sahaja yang saya nak bagitau.
Apabila saya baca balik blog ni, rasa masyaAllah pebenda la aku merepek selama ni di blog ni bahaha. Sungguh tak sangka diriku seperti ini dahulu *tutupmuka*. Tapi itulah orang panggil, the power of grow up. We dont know what we'll become. Dulu bercerita tentang susahnya assingments, penatnya belajar dan sibuk dengan aktiviti universiti je yang saya tahu. Tapi sekarang, semuanya sudah berlalu. Perkara besar yang saya anggap dulu kini menjadi sekecil-kecil perkara buat saya hehe. Yang pasti, kita belajar dan menghargai setiap rasa dan pengalaman yang kita alami dahulu. Sesungguhnya bila throwback balik memamg segalanya nampak syahdu kan. Bersukur juga la rasanya, saya rupa-rupanya rajin dan beriya jugakla nak berblog bagai ni. kalau tidak, saya mungkin lupa momen-momen saya kecik dahulu. Terima kasih Nur Shahiera Najati kecik. I love you haha *lovedirisendiri*.
So tak rugi rupanya ada blog walaupun setahun sekali je hapdate. So korang di luar sana yang rasa blog ni dah tak releven. It is not. Ia sentiasa releven untuk diri kita sendiri. Pelaburan memori dan momen-momen penting buat diri kita so apa lagi jommmmm berbloggg sekarangggg. Instagram, twitter dan facebook dah terlalu main stream sangat sekarang. Rasanya blog akan menjadi trend kembali. Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment