Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alkisahnya hari ini,aku kena cabut gigi sebatang je tapi sbenarnya kena cabut 2 batang.Memang sape2 yang boleh cabut 2 gigi terus tu adalah sangat gagah dan aku tak segagah itu.Biasanya orang cabut gigi tak sakit kan,tapi aku punya cabut gigi sakiitttt....sebabnya doktor tu cabut gigi pastu patah so dia kena la korek2 untuk buang serpihannya tu..kesian aku digoncang2,shake2,diperkotak-katikkan..bayar je mahal..dulu aku cabut je gigi kat mana2 klinik tak pernah ada yang patah...sadis betol aku.tapi aku memang degil..tau sakit tapi lepas tu boleh je aku ajak abang aku belanja bubur mcD,alasannya aku kan cabut gigi so kena makan benda lembut2..haha...
so,alkisahnya macam ni hari ini....
Pagi tadi aku malas gile bersiap2 *disebabkan lewat* so aku ambik tudung bawal bidang besar dan belitkan ia macam pakai wide shawl..hahak..pandai2 la belit pastikan yakin dan jitu sebab lepas ni semua orang akan lihat anda...
so,this gusi sebenarnya sakit amat sekarang..so,saya bertolak dari um menaiki teksi pergi menjemput abg saya yang comel di stesen ktm midvalley.Dia terpaksa teman saya sebab disuruh dan dengan innocentnya tak tahu jalan so terpaksa la saya yang pimpin dia..haha..abangQel ni memang adorable lebih daripada perempuan tapi dia baik.Dia seorang abang yang akan bertanggungjawab bila dipaksa dan ada pendirian.Dulu dia budak paling nakal kat dunia.Kenakalannya tu dahsyat sampai tak boleh fikir dek otak..nakal baik la takde la sampai pukul2 orang k...So,saya pon pergi la jemput dia pastu disebabkan sebelum ni,doktor suh makan dulu sebelum cabut gigi.So,saya pun ajak la dia makan.Sebenarnya,abangQel ni walaupon belajar kat UKM tapi tak pernah keluar memane...budak baik kononnya..kalau tanya dia kedai apa paling best kat bangi pon dia tak tau..dia selalunya suka sibokkan diri dengan essainment dan program2 universiti.So,abgQel pon ikot la aku tunjuk dia makan kat noodle station..dia suh aku cepat2 makan dan jangan bazirkan masa sebabnya dia tak biasa pergi tempat2 macam tu...haha,abgQel oh abgQel...
masa ni kena bebel dengan dia.
So,lepas tu kami dengan terkedek2 ambil teksi terus pergi klinik kat Bangsar tu.Murah je..so,sesampainya disitu kami kena tunggu giliran sebab ramai orang kat klinik dalam sejam kot..so,camwhore dulu la..
dan babak selepas itu babak dicabut gigi secara menyanyat hati..haha,yang lucunya walaupon aku tengah sakit dengan mulut bengkaknya itu sempat lagi singgah midvalley semata2 nak suruh abgQel belanja mcD tapi dia kata boikot mcD*well done* so dia belanja wafer je..haha,"gembiranya" aku kunyah wafer tu sekarang...terima kasih abgQel..
so,thats all for today...next victim ialah mr abraham.bye
p/s: I got a tip today..lets share and avoid acne together
No comments:
Post a Comment