Lama dah I tak berblog kan...sekarang dah 10 muharam tahun baru hjrah 1435..Semoga dengan lembaran baru ni amalan dan ibadat kita semakin bertambah dan diredhai Allah.Aaminn..
Sempena tahun baru islam ni..saya ada beberapa wish yang saya nak usaha jugak tunaikan..kadang2 saya rasa kita perlu paksa diri kita untuk letih,susah dan sakit agar diri kita menjadi seorang yang produktif dan bukanlah seorang hamba Allah yang manja,lembik dan malas.
Seriously,I think now with the tittle of Mahasiswa.Its a big thing about how we think,how we work,how we study,how we cooperate with other people and how we manage our life.Saya ada baca buku yang bertajuk tentang sekolah bukan penjara universiti bukan kilang *rasa cam salah je tajuknya,sila betulkan sebab saya pinjam buku kawan*
My impian...
1.Never skipped the class-memang la ada satu dua kelas yang memang gila boring and rasa tak penting pon but at least hormat pelajaran dan cikgu,dan jadi seorang yang amanah.Nanti kat akhirat, kena soal sebab apa tak pergi class, tu nak jawab apa?
2.Belajar rajin-rajin-Abang aku selalu bagi kata2 ni bila aku rasa down sangat2 "kejayaan bukan pada orang yang bijak tapi milik orang yang berusaha" fuhh..terkena diri aku sendiri..Memang,dalam belajar ni,usaha itu yang penting..cuba korang fikir, kalau korang memang berusaha betul2 sejak dari awal dengan ikhlas takkan la result exam akan dapat fail?mustahil la kan..lain la kalau usaha last minit..bagi pengalaman aku la,usaha last minit macam esok nak exam malam ni nak pulun study habis-habisan memang kantoi la,lebih2 lagi yang stay up sepanjang malam untuk exam esok..sepatutnya lepas lecture ajar, terus baca balik dan buat nota tampal kat dahi supaya ingat..Belajar bukan senang dan memang perih, dan memang tak seronok tapi percayalah bila korang dah usaha gila2 sejak awal lagi and then..bila dapat keputusan, walaupon keputusan xcemerlang sangat contoh 4.00 flat tapi percayalah memang korang akan rasa gembira dan syukur sangat2 sebab korang dapat kejayaan berdasarkan usaha sendiri dan jerit perih sendiri.*maafkan tatabahasa aku ye..*
and satu la perkara bagi aku..sebenarnya aku suka sangat study dan berada di meja study rasa cam masa berbaloi dihabiskan,lebih2 lagi bila kita concentrate belajar..memang sangat fun.Lagi2 kalau sambil belajar buat nota colourful pegang highlighter sambil menghafal..fuhh..best gila jadi pelajar..nanti dah kerja takkan struggle sampai tahap ni dah..sama la macam kehidupan universiti ni tak sama dengan suasana sekolah.Di universiti, kita akan sibuk dengan assingment dan aktiviti2 fakulti dan kolej manakala kat sekolah kita sibuk dengan kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran.Percayalah,kalau korang rajin buat kerja sekolah sendiri dan tak meniru,korang akan berjaya.Tips nak straight A mudah je..buat kerja sekolah dan lakukan ulangkaji sikit je apa yang telah cikgu ajar tadi..InsyaAllah straight A dalam tangan ;)
3.Buat baik terhadap ibubapa.-Sebenarnya semua ibubapa sayang akan anak-anaknya.Memang ibubapa masing2 berbeza cara didikan mereka samaada yang lembut yang sangat lembut,garang macam askar,membiarkan anak2 mengikut kehendak sendiri dan yang sangat mengambil berat tentang anak2 mereka.Bagi saya,ibubapa saya banyak berkorban untuk saya..walaupon saya anak perempuan sorang dalam family dan kami lima beradik je ,tapi ibubapa saya letih menjaga kami adik beradik sebab kami semua mempunyai macam2 ragam.Abang sulong saya suka stress tapi baik dan ikut cakap,abang kedua saya nakal yang amat sangat tapi tetap pendirian dan tak mudah terpengaruh,saya perempuan tapi perangai sama cam abang2 saya,adik saya pula seorang yang suka berkawan dan sedikit lara(perangai pelupa+innocent+tak bersalah) tapi seorang yang lembut hati,adik bongsu saya yang berubah menjadi sangat matured apabila belajar di kuwait sampai xpandai bergurau lagi, tiada lagi perasaan sayang dan lembik tapi seorang yang sangat manja dan perlukan perhatian yang banyak.*terasa dah letih menaip tapi saya nak taip jugak*
Lebih2 lagi bila saya pakai braces ni,banyak duit digunakan makanya saya rasa bersalah sangat kalau tak belajar rajin2 dan apabila tak mampu nak bagi kejayaan untuk mereka.InsyaAllah,doakan saya, apabila saya bergraduasi nanti saya dapat membawa segulung ijazah mahasiswa cemerlang untuk mereka.Saya juga target sem ni 3.7 and above and no main2 for me.Kalau orang lain nak tidur2 dan kluar shopping bagai,bagi saya baik saya study sampai renyuk semua nota daripada habiskan duit dan membazir.
4.Tingkatkan amal ibadat.-sesungguhnya Allah merindui untuk kita dekat padaNya maka dekatkanlah diri kepadaNya.Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً“Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku, dan Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku maka Aku akan mengingatnya. Jika ia mengingat-Ku dalam suatu kumpulan orang, maka Aku akan mengingatnya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatkan diri kepadanya sedepa. Dan jika ia mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari.”(HR. Al-Bukhari no. 7405 dan Muslim no. 2675)
Saya nak jelaskan disini bahawa apabila kita nak dekatkan diri selangkah kepada Allah maka Allah akan dekat dengan kita seratus langkah.Betapa pemurah dan pengasih Allah kepada hambanya.Maka,marilah kita dekatkan diri pada Allah.Lakukan pembaikan dan pembaharuan amal ibadat sedikit demi sedikit untuk menjadi hamba yang diredhai oleh Allah.Sesungguhnya solat lima waktu adalah asas tiang agama!-jaga solat lima waktu baik2 barulah amal ibadat lain mudah untuk diamalkan selalu-
5.Berfikiran positif dan tingkatkan amal kebaikan terhadap orang2 di sekeliling kita.Senyum,salam dan sapa.Bersabarlah dengan orang yang berada disekeliling kita dan berbuat baik lah kepada semua.Sayangilah saudara seislam kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.
Sekian,wassalam